SEJARAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BATU GAJAH MELAKA

Program Pendidkan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah telah dibuka pada tahun 2004 oleh Cik Hjh Khadijah binti Hj Jusin. Ini adalah disebabkan program yang sedia yang ada agak jauh dari kediaman murid...

OBJEKTIF DAN MOTO PPKI SKBG

Berusaha untuk melahirkan murid – murid yang boleh menguasai 3M...

Taklimat Pendidikan Khas Bersama Ibu Bapa dan Penjaga

Pada 10 Januari 2014 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Batu Gajah telah mengadakan taklimat pendidikan khas bersama ibu bapa dan penjaga

Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah: Terapi Hidro dan Terapi Boling

Pada 5 Februari 2014 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Batu Gajah telah melaksanakan PdP Luar Bilik Darjah yang pertama bagi sesi 2014 iaitu Terapi Hidro dan Terapi Boling

Kem Bestari Solat

Pada 11 Februari 2014 Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF dengan kerjasama Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Kebangsaan Batu Gajah telah menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS) kali pertama bagi tahun 2014

Friday 7 August 2015

Laporan Jamuan Hari Raya PPKI SK Batu Gajah 2015

Nama Program: Jamuan Hari Raya PPKI SK Batu Gajah 2015
Tarikh: 7 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa : 10.10 hingga 12.10 tengah hari
Tempat: PPKI SK Batu Gajah 

1. Pengenalan
Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini diharap dapat merapatkan silaturrahim diantara semua warga sekolah sama ada guru, staff sokongan, pekerja swasta, serta murid-murid sekolah.

2. Rasional:
Sambutan ini merupakan aktiviti tahunan di PPKI SK Batu Gajah selain daripada aktiviti-aktiviti lain. Ianya sedikit sebanyak dapat merealisasikan hasrat kerajaan membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni yang tinggi dan saling hormat menghormati di antara satu sama tanpa mengira kaum dan agama.

3. Objektif:
Selepas program ini seluruh warga sekolah dapat:
1. Membentuk sahsiah diri yang tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
2. Menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza dan boleh diraikan oleh semua kaum.
3. Mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan menghormati antara satu sama lain.

4. Sasaran:
Semua murid, guru-guru dan ppm PPKI SK Batu Gajah



Nama Program: Jamuan Hari Raya PPKI SK Batu Gajah 2015
Tarikh: 7 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa : 10.10 hingga 12.10 tengah hari
Tempat: PPKI SK Batu Gajah 
                                                                       
Pada 12 November 2015 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah telah melaksanakan satu majlis sambutan hari raya pendidikan khas.  Majlis ini bermula pada jam 10.10 pagi di mana guru-guru dan PPM bertungkus lumus menyediakan juadah makanan untuk santapan murid-murid dan tetamu. Tepat pada jam 10.30 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan doa makan oleh En. Mohd Farid sebagai memberkati majlis seterusnya menjemput murid-murid untuk jamuan makan. Tidak lupa juga, guru-guru dan juga pihak pentadbir dijamu dengan juadah hari raya diantaranya rendang, ketupat, sambal tumis dan pelbagai makanan yang enak.
            Acara yang mencuit hati kami adalah sesi bergambar bersama murid-murid dan juga guru-guru. Kami berpeluang untuk bergambar bersama pihak pentadbir seterusnya memeriahkan lagi jamuan hari raya ini. Majlis kemudiannya menutup tirainya pada pukul 12.10 tengahari.

Kesimpulan :

Kesemua aktiviti telah dirancang berjalan dengan lancar. Kesemua warga PPKI khususnya murid-murid telah mendapat seronok sepanjang aktiviti dijalankan. Pasti ianya memberi satu pengalaman manis kepada murid-murid serta warga PPKI SK Batu Gajah. Harapan kami agar aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Disediakan oleh :
(Nur Atiqah binti Zakariah)

Wednesday 17 June 2015

Laporan Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah: Terapi Hidro dan Terapi Seni Visual

Nama Program : Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah: Terapi Hidro dan Terapi Seni Visual
Tarikh : 17 Jun 2015
Hari  : Rabu
Tempat : Len D’ Village Homestay Kg. Batu Gajah, 77300 Merlimau, Melaka.
Anjuran  : Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah

1. Matlamat :
i.                     Memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid Pendidikan Khas tentang aktiviti terapi hidro dan seni visual.
ii.                   Menambahkan pengetahuan asas serta memahami perkembangan jasmani emosi dan kemahiran lokomotor murid-murid Pendidikan Khas
iii.                  Membantu minda dan tumpuan murid-murid Pendidikan Khas pada hasil kerja seni
2. Objektif :
i.                     Memberi pendedahan kepada murid-murid Pendidikan Khas terhadap dunia luar.
ii.                   Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid
iii.                  Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru-guru, PPM dan murid-murid Pendidikan Khas

3. Sasaran :
i. Murid                : 15 orang
ii. Guru                 : 8 orang
iii. PPM                 : 2 orang

4. Kehadiran :
i. Murid                : 13 orang
ii. Guru                 : 8 orang
iii. PPM                 : 1 orang



Laporan Aktiviti -
Aktiviti yang dijalankan sepanjang program

Nama Program : Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah: Terapi Hidro dan Terapi Seni Visual
Tarikh  : 17 Jun 2015
Hari   : Rabu
Masa : 7.45 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat  : Len D’ Village Homestay Kg. Batu Gajah, 77300 Merlimau, Melaka.

Pada 7 Jun 2015 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Batu Gajah telah melaksanakan P&P Luar Bilik Darjah yang kedua bagi sesi 2015 iaitu Terapi Hidro dan Terapi Seni Visual. Tepat jam 7.35 pagi, semua murid-murid, guru-guru, dan PPM berkumpul di kantin sekolah untuk bertolak Len D’ Village Homestay Kg. Batu Gajah. Kami selamat tiba di destinasi jam 7.45 pagi.

                Setibanya di sana murid-murid menukar pakaian dan bersiap sedia untuk melakukan acara renang. Sebelum terapi renang bermula, murid-murid melakukan regangan dan pemanasan badan dengan bimbingan guru. Selepas itu semua murid dibawa masuk ke dalam kolam renang dan dibimbing oleh guru masing-masing. Pelbagai teknik asas renang telah diajarkan kepada murid-murid. Sebahagian besar murid telah berjaya mengatasi rasa takut semasa melakukan latihan renang. Terdapat juga sebilangan kecil murid yang masih ragu-ragu dan takut semasa berada di dalam air. Namun setelah dipujuk dan sentiasa dalam pengawasan guru barulah murid tersebut kelihatan tenang dan selesa berada di dalam air. Kelihatan murid-murid sangat gembira. Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk mempelajari teknik asas renang dan ada yang telah menguasai teknik asas renang. Terapi renang berakhir pada jam 10.30 pagi.

Sebelum meneruskan agenda yang kedua iaitu terapi Seni Visual, kami berhenti rehat dan untuk menikmati sarapan. Pada jam 11.00 pagi, kami menjalankan aktiviti seni visual gosokan. Murid-murid, guru-guru serta PPM mengambil tempat masing-masing. Pn. Yuzana memberikan penerangan ringkas teknik yang betul dalam menghasilkan corak dengan menggunakan teknik gosokan. Aktiviti tersebut berjalan dengan lancar. Terapi Seni Visual berakhir pada jam 12.15 tengah hari. Kami bertolak pulang pada pukul 12.30 tengah hari dan selamat tiba ke sekolah.

Kesimpulan


Kesemua aktiviti telah berjalan dengan lancar. Kesemua warga PPKI khususnya murid-murid telah mendapat banyak pengetahuan sepanjang aktiviti dijalankan. Murid-murid dapat didedahkan dengan pelbagai kemahiran khususnya teknik dalam renang dan seni visual. Diharapkan murid-murid dapat mengaplikasi kemahiran yang dipelajari untuk hari-hari mendatang.

Disediakan oleh:
(Cik Nur Atiqah binti Zakariah)

Tuesday 31 March 2015

LAPORAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI MELAKA

TAJUK   : MAJLIS TILAWAH AL-QURAN  PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI MELAKA
TARIKH : 31 MAC 2015
MASA  : 8.00 PAGI HINGGA 1.30 PETANG
TEMPAT   : MASJID Al-AZIM, MELAKA
GURU TERLIBAT :
1.      PN. SITI HAJAR BINTI ISMAIL

SENARAI NAMA PESERTA  MTQ  PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI MELAKA 2015
BIL
NAMA
KATEGORI
KEDUDUKAN
1
MUHAMMAD KHIR BIN SHAFEE
HAFAZAN
TEMPAT KETIGA
2
IZUAN BIN MEJIN
AZAN SUBUH
PENYERTAAN




RUMUSAN :

 TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PESERTA YANG MEWAKILI ZON MERLLIMAU KE PERTANDINGAN MTQ PENDIDIKAN KHAS NEGERI MELAKA. 

Wednesday 4 March 2015

Laporan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Luar Bilik Darjah : Terapi Boling

Nama Program : Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Luar Bilik Darjah : Terapi Boling Tarikh  : 4 Mac 2015 (Rabu)                                                                           
Tempat : Ampang Superbowl, Mahkota Parade Melaka                    
Anjuran : Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah


1. Objektif :
  1. Memberi memberi pengalaman dan keseronokan kepada murid-murid pendidikan khas. 
  1. Memupuk sikap kerjasama dan toleransi di kalangan murid-murid pendidikan khas.
  
  2.Sasaran:                                                                                                                              
Semua murid PPKI SK Batu Gajah                                                                                            

3. Tentatif Program

     08.00 pagi              : Sarapan pagi
    
     08.30 pagi             : Bertolak ke Mahkota Parade
    
     10.00 pagi              : Terapi boling di Ampang Superbowl, Mahkota Parade
    
     12.45 tengahari     : Bertolak balik ke sekolah
    
     01.15 petang         : Tiba di SK Batu Gajah


Laporan Aktiviti                                                                                                                                       
Pada 4 Mac 2015 yang lalu Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah telah melaksanakan PdP Luar  Bilik Darjah yang kedua bagi sesi 2015 iaitu Terapi Boling. Terapi boling bertempat di Ampang Superbowl, Mahkota Parade, Melaka. Murid-murid, guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) berkumpul di kantin sekolah pada jam 7.45 pagi bagi mengambil sarapan pagi. Kami selamat tiba di Ampang Superbowl, Mahkota Parade pada jam 9.30 pagi.
Sebelum terapi boling bermula, murid-murid diberi sedikit taklimat. Pembahagian kumpulan turut dilakukan bagi melicinkan aktiviti. Murid-murid, guru-guru dan PPM telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Terapi boling bermula pada jam 10.00 pagi. Murid-murid telah diterapkan dengan teknik permainan boling. Guru-guru dan PPM telah membantu murid-murid yang lemah. Aktiviti permainan boling berjalan dengan lancar. Terapi boling berakhir pada 12.30 tengah hari. Kami bertolak balik ke sekolah [ada 12.45 tengah hari dan selamat tiba di sekolah setengah jam kemudian.


Kesimpulan

Aktiviti telah berjalan dengan lancar. Kesemua warga PPKI SK Batu Gajah khususnya murid-murid telah mendapat banyak pengetahuan sepanjang aktiviti dijalankan. Murid-murid dapat didedahkan dengan pelbagai kemahiran khususnya teknik permainan boling yang betul. Diharapkan murid-murid dapat mengaplikasi kemahiran yang pelajari untuk hari-hari mendatang. 

Disediakan oleh:
(WAN NUR FARIZA BT WAN MUSTAFFA)

Thursday 14 August 2014

Taklimat Pendidikan Khas Bersama Ibu Bapa dan Penjaga










Nama Program : Taklimat Pendidikan Khas Bersama Ibu Bapa dan Penjaga                          
Tarikh : 10 Januari 2013 (Jumaat)                                                              
Tempat : Makmal Komputer SK Batu Gajah                                                          
Anjuran : Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah

1. Matlamat :
i. Membantu mengembangkan potensi murid dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek
ii. Melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
iii. Mengeratkan silaturrahim antara penjaga murid dengan pihak sekolah

2. Objektif :
i. Mewujudkan komunikasi dua hala antara penjaga murid dengan pihak sekolah.
ii. Menggalakkan pengkongsian maklumat di kalangan pihak sekolah dengan penjaga

3. Sasaran :                                                                                      
i. Ibubapa/Penjaga : 15 orang                                                                    
ii. Guru : 8 orang                                                                                
iii. PPM: 2 orang                  
4. Kehadiran :
i. Ibubapa/Penjaga :14 orang. Seorang murid ibu bapanya tidak hadir.                              
ii. Guru : 8 orang                                                                                
iii. PPM : 2 orang


Laporan Aktiviti  

- Aktiviti yang dijalankan sepanjang program

Tarikh   : 10 Januari 2014
Hari     : Jumaat
Masa     : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Aktiviti : Taklimat Pendidikan Khas Bersama Ibu Bapa dan Penjaga

Pada 10 Januari 2014 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Batu Gajah telah mengadakan taklimat pendidikan khas bersama ibu bapa dan penjaga. Ianya merupakan satu medium untuk menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan penjaga murid selain merupakan sesi perbincangan khusus antara ibu bapa dan pihak sekolah. Taklimat ini telah dirasmikan oleh Encik Aziz Bin Md Lani selaku Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka.

  Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan sesi taklimat oleh Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Hajjah Zaiton Binti Mohammad.Pelbagai perkara telah disampaikan kepada ibu bapa yang merangkumi bidang akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum. Beliau turut memaklumkan mengenai perancangan aktiviti sepanjang tahun 2014. Sesi berikutnya ialah sesi pertemuan ibu bapa bersama guru-guru pendidikan khas. Ibu bapa dapat mengetahui tahap perkembangan anak-anak selain sama-sama berbincang bagi mendapatkan usaha yang terbaik buat kejayaan anak-anak ini. Ibu bapa dan penjaga turut menandatangani Rancangan Pengajaran Individu (RPI) yang merupakan kayu pengukur bagi setiap kemahiran yang telah diajar kepada murid-murid pendidikan khas. Sesi taklimat tersebut tamat pada pukul 9.45 pagi. Ibu bapa dan penjaga telah dihidangkan dengan jamuan ringan sementara menunggu acara diteruskan. 

Sesi bersama Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Melaka Encik Aziz Bin Md Lani bermula pada pukul 10.00 pagi. Acara dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan persembahan tayangan slaid aktiviti Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah sepanjang tahun 2013. Acara diteruskan dengan ucapan oleh Encik Sazali Bin Adan, Pengerusi Badan Kebajikan Ibubapa dan Penjaga Murid diikuti dengan ucapan Encik Omar Bin Ismail, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Batu Gajah. Seterusnya ucapan perasmian oleh Encik Aziz Bin Md Lani Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Melaka. Beliau menegaskan bahawa ibu bapa terlibat secara langsung dalam pendidikan anak anak. Justeru ibu bapa perlu mendapat pendedahan terhadap kesemua perkara yang melibatkan anak-anak. Kerjasama dan sokongan penuh ibu bapa juga amat diperlukan bagi memastikan kelancaran aktiviti yang telah direncanakan oleh pihak sekolah. Beliau turut memaklumkan mengenai program kemahiran untuk murid pendidikan khas yang ke sekolah menengah. 

Pihak sekolah telah berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada Encik Aziz Bin Md Lani atas kesudian beliau meluangkan masa sekali gus merasmikan taklimat tersebut. Sebelum penyampaian cenderahati, acara cabutan bertuah telah diadakan. Acara tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Diharapkan taklimat bersama ibu bapa ini dapat memberikan input yang bermanfaat dan perkongsian yang bermakna dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Kesimpulan
Program seumpama ini dilihat sebagai satu agenda penting dalam memastikan anak-anak istimewa terus mendapat pendidikan sempurna selaras dengan tuntutan agama. Justeru semua pihak harus berganding bahu bagi mencapai visi dan misi yang dicitakan. 

Disediakan oleh,                                        Disahkan oleh,


(WAN NUR FARIZA BT WAN MUSTAFFA)       (PN.HJH.ZAITON BT MOHAMMAD)
AJK Dokumentasi                                Guru Penolong Kanan Pendidikan