Nama Program : Kem Bestari Solat Tahap 2 dan
PPKI
Tarikh : 11 Februari 2014
Tempat : SK Batu Gajah
Anjuran : Panitia Pendidikan
Islam & Jqaf dengan kerjasama Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah
Kebangsaan Batu Gajah
1.
Matlamat :
- Melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa.
- Mengamalkan perkara yang difardhukan ke atas diri setiap muslim dengan sempurna.
2.
Objektif :
- Melakukan perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul dan sempurna.
- Menentukan kedudukan imam dan makmum dalam saf solat.
- Menyatakan keadaan makmum yang masbuk dan muafiq.
3.Sasaran:
- Murid Tahap 2 : Tahun 4, 5 dan 6
- Murid PPKI : 9 orang
4.
Kehadiran :
- Murid Tahap 2 : Semua hadir
- Murid PPKI : Semua hadir
Laporan Aktiviti
Pada 11 Februari 2014
Panitia Pendidikan Islam & j-QAF dengan kerjasama Program Pendidikan Khas
Integrasi (Pembelajaran) Kebangsaan Batu Gajah telah menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS) kali
pertama bagi tahun 2014. Program tersebut disertai oleh murid Tahap 2 dan sebahagian
murid PPKI yang merupakan kumpulan sasaran KBS kali pertama. Tidak seperti pada
penganjuran sebelumnya program tersebut dilaksanakan dalam waktu kokurikulum
iaitu pada hari Selasa jam 2.00 hingga 4.30 petang. Ini bagi memenuhi ketetapan
yang telah ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah program j-QAF.
Sebelum acara
bermula semua peserta diarahkan untuk berkumpul di kantin sekolah bagi sesi
pendaftaran seterusnya menikmati makan tengah hari yang telah disediakan.
Kemudian semua peserta bersiap sedia untuk menunaikan solat fardu Zohor
berjemaah. Setiap kumpulan peserta telah dibimbing oleh fasilitator
masing-masing bagi memastikan wuduk diambil dengan sempurna. Solat Zohor
berjemaah bertempat di dewan sekolah. Sebelum menunaikan solat, para peserta
telah diberi sedikit penerangan berkaitan dengan solat berjemaah.
Selesai solat
berjemaah, diadakan slot ceramah dan pencerahan berkaitan solat yang disampaikan
oleh al-fadhil Ustaz Muhammad Ab Halim Bin Zakaria. Peserta turut diberi
penerangan tentang kesempurnaan solat dengan pelaksanaan rukun-rukunnya. Soal
jawab yang diutarakan telah berjaya menghidupkan suasana. Beberapa orang
peserta telah diminta untuk melakukan amali solat secara individu dan
berkumpulan. Secara keseluruhannya sebahagian peserta dapat menguasai wuduk dan
solat secara teori dan juga praktikal. Namun begitu terdapat sebilangan kecil
peserta masih belum dapat melakukan solat dengan sempurna beserta pelaksanaan
rukun-rukunnya.
Kesimpulan
Model
Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan
oleh setiap sekolah. Diharap pelaksanaan Kem Bestari Solat ini meninggalkan
impak positif kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan
rasa bertanggungjawab untuk melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh
Allah.
Disediakan
oleh, Disahkan oleh,
...............................................
(PN.WAN
NUR FARIZA BT WAN MUSTAFFA)
Guru Tambahan Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan Batu Gajah
0 comments:
Post a Comment