Thursday 14 August 2014

Taklimat Pendidikan Khas Bersama Ibu Bapa dan Penjaga










Nama Program : Taklimat Pendidikan Khas Bersama Ibu Bapa dan Penjaga                          
Tarikh : 10 Januari 2013 (Jumaat)                                                              
Tempat : Makmal Komputer SK Batu Gajah                                                          
Anjuran : Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah

1. Matlamat :
i. Membantu mengembangkan potensi murid dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek
ii. Melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
iii. Mengeratkan silaturrahim antara penjaga murid dengan pihak sekolah

2. Objektif :
i. Mewujudkan komunikasi dua hala antara penjaga murid dengan pihak sekolah.
ii. Menggalakkan pengkongsian maklumat di kalangan pihak sekolah dengan penjaga

3. Sasaran :                                                                                      
i. Ibubapa/Penjaga : 15 orang                                                                    
ii. Guru : 8 orang                                                                                
iii. PPM: 2 orang                  
4. Kehadiran :
i. Ibubapa/Penjaga :14 orang. Seorang murid ibu bapanya tidak hadir.                              
ii. Guru : 8 orang                                                                                
iii. PPM : 2 orang


Laporan Aktiviti  

- Aktiviti yang dijalankan sepanjang program

Tarikh   : 10 Januari 2014
Hari     : Jumaat
Masa     : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Aktiviti : Taklimat Pendidikan Khas Bersama Ibu Bapa dan Penjaga

Pada 10 Januari 2014 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Batu Gajah telah mengadakan taklimat pendidikan khas bersama ibu bapa dan penjaga. Ianya merupakan satu medium untuk menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan penjaga murid selain merupakan sesi perbincangan khusus antara ibu bapa dan pihak sekolah. Taklimat ini telah dirasmikan oleh Encik Aziz Bin Md Lani selaku Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka.

  Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan sesi taklimat oleh Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Hajjah Zaiton Binti Mohammad.Pelbagai perkara telah disampaikan kepada ibu bapa yang merangkumi bidang akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum. Beliau turut memaklumkan mengenai perancangan aktiviti sepanjang tahun 2014. Sesi berikutnya ialah sesi pertemuan ibu bapa bersama guru-guru pendidikan khas. Ibu bapa dapat mengetahui tahap perkembangan anak-anak selain sama-sama berbincang bagi mendapatkan usaha yang terbaik buat kejayaan anak-anak ini. Ibu bapa dan penjaga turut menandatangani Rancangan Pengajaran Individu (RPI) yang merupakan kayu pengukur bagi setiap kemahiran yang telah diajar kepada murid-murid pendidikan khas. Sesi taklimat tersebut tamat pada pukul 9.45 pagi. Ibu bapa dan penjaga telah dihidangkan dengan jamuan ringan sementara menunggu acara diteruskan. 

Sesi bersama Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Melaka Encik Aziz Bin Md Lani bermula pada pukul 10.00 pagi. Acara dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan persembahan tayangan slaid aktiviti Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah sepanjang tahun 2013. Acara diteruskan dengan ucapan oleh Encik Sazali Bin Adan, Pengerusi Badan Kebajikan Ibubapa dan Penjaga Murid diikuti dengan ucapan Encik Omar Bin Ismail, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Batu Gajah. Seterusnya ucapan perasmian oleh Encik Aziz Bin Md Lani Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Melaka. Beliau menegaskan bahawa ibu bapa terlibat secara langsung dalam pendidikan anak anak. Justeru ibu bapa perlu mendapat pendedahan terhadap kesemua perkara yang melibatkan anak-anak. Kerjasama dan sokongan penuh ibu bapa juga amat diperlukan bagi memastikan kelancaran aktiviti yang telah direncanakan oleh pihak sekolah. Beliau turut memaklumkan mengenai program kemahiran untuk murid pendidikan khas yang ke sekolah menengah. 

Pihak sekolah telah berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada Encik Aziz Bin Md Lani atas kesudian beliau meluangkan masa sekali gus merasmikan taklimat tersebut. Sebelum penyampaian cenderahati, acara cabutan bertuah telah diadakan. Acara tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Diharapkan taklimat bersama ibu bapa ini dapat memberikan input yang bermanfaat dan perkongsian yang bermakna dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Kesimpulan
Program seumpama ini dilihat sebagai satu agenda penting dalam memastikan anak-anak istimewa terus mendapat pendidikan sempurna selaras dengan tuntutan agama. Justeru semua pihak harus berganding bahu bagi mencapai visi dan misi yang dicitakan. 

Disediakan oleh,                                        Disahkan oleh,


(WAN NUR FARIZA BT WAN MUSTAFFA)       (PN.HJH.ZAITON BT MOHAMMAD)
AJK Dokumentasi                                Guru Penolong Kanan Pendidikan                    

0 comments:

Post a Comment