SEJARAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BATU GAJAH MELAKA

Program Pendidkan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah telah dibuka pada tahun 2004 oleh Cik Hjh Khadijah binti Hj Jusin. Ini adalah disebabkan program yang sedia yang ada agak jauh dari kediaman murid...

OBJEKTIF DAN MOTO PPKI SKBG

Berusaha untuk melahirkan murid – murid yang boleh menguasai 3M...

Taklimat Pendidikan Khas Bersama Ibu Bapa dan Penjaga

Pada 10 Januari 2014 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Batu Gajah telah mengadakan taklimat pendidikan khas bersama ibu bapa dan penjaga

Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah: Terapi Hidro dan Terapi Boling

Pada 5 Februari 2014 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Batu Gajah telah melaksanakan PdP Luar Bilik Darjah yang pertama bagi sesi 2014 iaitu Terapi Hidro dan Terapi Boling

Kem Bestari Solat

Pada 11 Februari 2014 Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF dengan kerjasama Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Kebangsaan Batu Gajah telah menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS) kali pertama bagi tahun 2014

Thursday 14 August 2014

Taklimat Pendidikan Khas Bersama Ibu Bapa dan Penjaga










Nama Program : Taklimat Pendidikan Khas Bersama Ibu Bapa dan Penjaga                          
Tarikh : 10 Januari 2013 (Jumaat)                                                              
Tempat : Makmal Komputer SK Batu Gajah                                                          
Anjuran : Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah

1. Matlamat :
i. Membantu mengembangkan potensi murid dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek
ii. Melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
iii. Mengeratkan silaturrahim antara penjaga murid dengan pihak sekolah

2. Objektif :
i. Mewujudkan komunikasi dua hala antara penjaga murid dengan pihak sekolah.
ii. Menggalakkan pengkongsian maklumat di kalangan pihak sekolah dengan penjaga

3. Sasaran :                                                                                      
i. Ibubapa/Penjaga : 15 orang                                                                    
ii. Guru : 8 orang                                                                                
iii. PPM: 2 orang                  
4. Kehadiran :
i. Ibubapa/Penjaga :14 orang. Seorang murid ibu bapanya tidak hadir.                              
ii. Guru : 8 orang                                                                                
iii. PPM : 2 orang


Laporan Aktiviti  

- Aktiviti yang dijalankan sepanjang program

Tarikh   : 10 Januari 2014
Hari     : Jumaat
Masa     : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Aktiviti : Taklimat Pendidikan Khas Bersama Ibu Bapa dan Penjaga

Pada 10 Januari 2014 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Batu Gajah telah mengadakan taklimat pendidikan khas bersama ibu bapa dan penjaga. Ianya merupakan satu medium untuk menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan penjaga murid selain merupakan sesi perbincangan khusus antara ibu bapa dan pihak sekolah. Taklimat ini telah dirasmikan oleh Encik Aziz Bin Md Lani selaku Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka.

  Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan sesi taklimat oleh Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Hajjah Zaiton Binti Mohammad.Pelbagai perkara telah disampaikan kepada ibu bapa yang merangkumi bidang akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum. Beliau turut memaklumkan mengenai perancangan aktiviti sepanjang tahun 2014. Sesi berikutnya ialah sesi pertemuan ibu bapa bersama guru-guru pendidikan khas. Ibu bapa dapat mengetahui tahap perkembangan anak-anak selain sama-sama berbincang bagi mendapatkan usaha yang terbaik buat kejayaan anak-anak ini. Ibu bapa dan penjaga turut menandatangani Rancangan Pengajaran Individu (RPI) yang merupakan kayu pengukur bagi setiap kemahiran yang telah diajar kepada murid-murid pendidikan khas. Sesi taklimat tersebut tamat pada pukul 9.45 pagi. Ibu bapa dan penjaga telah dihidangkan dengan jamuan ringan sementara menunggu acara diteruskan. 

Sesi bersama Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Melaka Encik Aziz Bin Md Lani bermula pada pukul 10.00 pagi. Acara dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan persembahan tayangan slaid aktiviti Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah sepanjang tahun 2013. Acara diteruskan dengan ucapan oleh Encik Sazali Bin Adan, Pengerusi Badan Kebajikan Ibubapa dan Penjaga Murid diikuti dengan ucapan Encik Omar Bin Ismail, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Batu Gajah. Seterusnya ucapan perasmian oleh Encik Aziz Bin Md Lani Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Melaka. Beliau menegaskan bahawa ibu bapa terlibat secara langsung dalam pendidikan anak anak. Justeru ibu bapa perlu mendapat pendedahan terhadap kesemua perkara yang melibatkan anak-anak. Kerjasama dan sokongan penuh ibu bapa juga amat diperlukan bagi memastikan kelancaran aktiviti yang telah direncanakan oleh pihak sekolah. Beliau turut memaklumkan mengenai program kemahiran untuk murid pendidikan khas yang ke sekolah menengah. 

Pihak sekolah telah berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada Encik Aziz Bin Md Lani atas kesudian beliau meluangkan masa sekali gus merasmikan taklimat tersebut. Sebelum penyampaian cenderahati, acara cabutan bertuah telah diadakan. Acara tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Diharapkan taklimat bersama ibu bapa ini dapat memberikan input yang bermanfaat dan perkongsian yang bermakna dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Kesimpulan
Program seumpama ini dilihat sebagai satu agenda penting dalam memastikan anak-anak istimewa terus mendapat pendidikan sempurna selaras dengan tuntutan agama. Justeru semua pihak harus berganding bahu bagi mencapai visi dan misi yang dicitakan. 

Disediakan oleh,                                        Disahkan oleh,


(WAN NUR FARIZA BT WAN MUSTAFFA)       (PN.HJH.ZAITON BT MOHAMMAD)
AJK Dokumentasi                                Guru Penolong Kanan Pendidikan                    

Kem Bestari Solat Tahap 2 dan PPKI



Nama Program  : Kem Bestari Solat Tahap 2 dan PPKI                                   
Tarikh : 11 Februari 2014                                                                                        
Tempat  : SK Batu Gajah                                                                              
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam & Jqaf dengan kerjasama Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Batu Gajah

1. Matlamat :
  1. Melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa.
  2. Mengamalkan perkara yang difardhukan ke atas diri setiap muslim  dengan sempurna.


2. Objektif :
  1.  Melakukan perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul dan sempurna.
  2. Menentukan kedudukan imam dan makmum dalam saf solat.
  3. Menyatakan keadaan makmum yang masbuk dan muafiq.


3.Sasaran:                                                                                                                                            
  1. Murid Tahap 2 : Tahun 4, 5 dan 6                                           
  2. Murid PPKI      :  9 orang                                                                                                                                                                                                                                                                                      

4. Kehadiran :
  1. Murid Tahap 2 : Semua hadir 
  2. Murid PPKI      : Semua hadir                                


 Laporan Aktiviti                                                                                                                                       
                                                                                                                                                      Pada 11 Februari 2014 Panitia Pendidikan Islam & j-QAF dengan kerjasama Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Kebangsaan Batu Gajah telah menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS) kali pertama bagi tahun 2014. Program tersebut disertai oleh murid Tahap 2 dan sebahagian murid PPKI yang merupakan kumpulan sasaran KBS kali pertama. Tidak seperti pada penganjuran sebelumnya program tersebut dilaksanakan dalam waktu kokurikulum iaitu pada hari Selasa jam 2.00 hingga 4.30 petang. Ini bagi memenuhi ketetapan yang telah ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah program j-QAF.

      Sebelum acara bermula semua peserta diarahkan untuk berkumpul di kantin sekolah bagi sesi pendaftaran seterusnya menikmati makan tengah hari yang telah disediakan. Kemudian semua peserta bersiap sedia untuk menunaikan solat fardu Zohor berjemaah. Setiap kumpulan peserta telah dibimbing oleh fasilitator masing-masing bagi memastikan wuduk diambil dengan sempurna. Solat Zohor berjemaah bertempat di dewan sekolah. Sebelum menunaikan solat, para peserta telah diberi sedikit penerangan berkaitan dengan solat berjemaah.

      Selesai solat berjemaah, diadakan slot ceramah dan pencerahan berkaitan solat yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Muhammad Ab Halim Bin Zakaria. Peserta turut diberi penerangan tentang kesempurnaan solat dengan pelaksanaan rukun-rukunnya. Soal jawab yang diutarakan telah berjaya menghidupkan suasana. Beberapa orang peserta telah diminta untuk melakukan amali solat secara individu dan berkumpulan. Secara keseluruhannya sebahagian peserta dapat menguasai wuduk dan solat secara teori dan juga praktikal. Namun begitu terdapat sebilangan kecil peserta masih belum dapat melakukan solat dengan sempurna beserta pelaksanaan rukun-rukunnya.

Kesimpulan

Model Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan oleh setiap sekolah. Diharap pelaksanaan Kem Bestari Solat ini meninggalkan impak positif kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa bertanggungjawab untuk melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah.


Disediakan oleh,                                                                  Disahkan oleh,

...............................................                                              
(PN.WAN NUR FARIZA BT WAN MUSTAFFA)             
Guru Tambahan Pendidikan Islam                                    
Sekolah Kebangsaan Batu Gajah                                                                              

EMK & KEMAHIRAN MENAAKUL


 Kreativiti dan Inovasi Hits : 45111
 Keusahawanan Hits : 25807
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi Hits : 30736
 Buku Panduan Kemahiran Menaakul Hits : 67203













Muat Turun Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran


Sumber : BPK

Tahap 1

Asas 3M
 Dokumen Standard Asas 3M Tahun 3 Hits : 15709
 Dokumen Standard Asas 3M Tahun 2 Hits : 6790
 Dokumen Standard Asas 3M Tahun 1 Hits : 7670
 Panduan P&P Asas 3M Tahun 3 Hits : 6402

Pengurusan Kehidupan
 Dokumen Standard Pengurusan Kehidupan Tahun 3 Hits : 5262
 Dokumen Standard Pengurusan Kehidupan Tahun 2 Hits : 5082
 Panduan P&P Pengurusan Kehidupan Tahun 3 Hits : 6001
 Dokumen Standard Pengurusan Kehidupan Tahun 1 Hits : 6910

Pendidikan Jasmani
 Dokumen Standard Pend. Jasmani Tahun 3 Hits : 3373
 Dokumen Standard Pend. Jasmani Tahun 2 Hits : 3227
 Dokumen Standard Pend. Jasmani Tahun 1 Hits : 4596
 Panduan P&P Pend. Jasmani Tahun 3 Hits : 3984

Pendidikan Islam
 Dokumen Standard Pend. Islam Tahun 3 Hits : 3501
 Dokumen Standard Pend. Islam Tahun 2 Hits : 3432
 Dokumen Standard Pend. Islam Tahun 1 Hits : 2990
 Panduan P&P Pend. Islam Thn. 3 Hits : 3132

Pendidikan Moral
 Dokumen Standard Pend. Moral Tahun 3 Hits : 2481
 Dokumen Standard Pend. Moral Tahun 2 Hits : 1901
 Dokumen Standard Pend. Moral Tahun 1 Hits : 2474
 Panduan P&P Pend. Moral Tahun 3 Hits : 4318

Pendidikan Seni Kreatif
 Dokumen Standard Pendidikan Seni Kreatif Tahun 3 Hits : 4243
 Dokumen Standard Pendidikan Seni Kreatif Tahun 2 Hits : 5109
 Panduan P&P Pendidikan Seni Kreatif Tahun 3 Hits : 3966



Tahap 2

Bahasa Malaysia
 Dokumen Standard Bahasa Malaysia Tahun 4 Masalah Pembelajaran Hits : 1044
 Dokumen Standard Bahasa Malaysia Tahun 5 Masalah Pembelajaran Hits : 331

Bahasa Inggeris
 Dokumen Standard Bahasa Inggeris Tahun 4 Masalah Pembelajaran Hits : 836
 Dokumen Standard Bahasa Inggeris Tahun 5 Masalah Pembelajaran Hits : 266

Matematik
 Dokumen Standard Matematik Tahun 4 Masalah Pembelajaran Hits : 1310
 Dokumen Standard Matematik Tahun 5 Masalah Pembelajaran Hits : 227

Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar
 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 4 Masalah Pembelajaran Hits : 1643
 Dok. Standard Pend. Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 5 Masalah Pembelajaran Hits : 174

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 4 Masalah Pembelajaran Hits : 1391
 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 5 Masalah Pembelajaran Hits : 163

Pendidikan Islam
 Dokumen Standard Pendidikan Islam Tahun 4 Masalah Pembelajaran Hits : 760
 Dokumen Standard Pendidikan Islam Tahun 5 Masalah Pembelajaran Hits : 233

Pendidikan Moral
 Dokumen Standard Pendidikan Moral Tahun 4 Masalah Pembelajaran Hits : 606
 Dokumen Standard Pendidikan Moral Tahun 5 Masalah Pembelajaran Hits : 152

Pendidikan Seni Visual
 Dokumen Standard Pendidikan Seni Visual Tahun 4 Masalah Pembelajaran Hits : 1120
 Dokumen Standard Pendidikan Seni Visual Tahun 5 Masalah Pembelajaran Hits : 191

Pendidikan Muzik
 Dokumen Standard Pendidikan Muzik Tahun 4 Masalah Pembelajaran Hits : 1018
 Dokumen Standard Pendidikan Muzik Tahun 5 Masalah Pembelajaran Hits : 195

Teknologi Maklumat dan Komunikasi
 Dokumen Standard Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 4 Masalah Pembelajaran Hits : 742
 Dokumen Standard Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 5 Masalah Pembelajaran Hits : 228

Kemahiran Hidup Asas
 Dokumen Standard Kemahiran Hidup Asas Tahun 4 Masalah Pembelajaran Hits : 3060
 Dokumen Standard Kemahiran Hidup Asas Tahun 5 Masalah Pembelajaran Hits : 247

Pengurusan Kehidupan
 Dokumen Standard Pengurusan Kehidupan Tahun 4 Masalah Pembelajaran Hits : 990
 Dokumen Standard Pengurusan Kehidupan Tahun 5 Masalah Pembelajaran Hits : 336