SEJARAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BATU GAJAH MELAKA

Program Pendidkan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah telah dibuka pada tahun 2004 oleh Cik Hjh Khadijah binti Hj Jusin. Ini adalah disebabkan program yang sedia yang ada agak jauh dari kediaman murid...

OBJEKTIF DAN MOTO PPKI SKBG

Berusaha untuk melahirkan murid – murid yang boleh menguasai 3M...

Taklimat Pendidikan Khas Bersama Ibu Bapa dan Penjaga

Pada 10 Januari 2014 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Batu Gajah telah mengadakan taklimat pendidikan khas bersama ibu bapa dan penjaga

Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah: Terapi Hidro dan Terapi Boling

Pada 5 Februari 2014 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Batu Gajah telah melaksanakan PdP Luar Bilik Darjah yang pertama bagi sesi 2014 iaitu Terapi Hidro dan Terapi Boling

Kem Bestari Solat

Pada 11 Februari 2014 Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF dengan kerjasama Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Kebangsaan Batu Gajah telah menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS) kali pertama bagi tahun 2014

Thursday 13 February 2014

Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah : Terapi Hidro dan Terapi Boling










Nama Program : Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah: Terapi Hidro dan Terapi Boling
Tarikh : 5 Februari 2014
Hari : Rabu Tempat : Kolam Renang MBMB dan Mahkota Parade, Melaka
Anjuran : Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah

1. Matlamat :
i. Memberikan suasana pembelajaran yang lebih berkesan kepada murid-murid Pendidikan Khas.
ii. Memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada murid-murid tentang aktiviti terapi hidro dan terapi boling
iii. Membantu murid meningkatkan kemahiran lokomotor.

2. Objektif :
i. Memberi pendedahan kepada murid-murid Pendidikan Khas terhadap dunia luar.
ii. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid
iii. Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru-guru, PPM dan murid-murid Pendidikan Khas

3. Sasaran :
i. Murid : 15 orang
ii. Guru : 8 orang
iii. PPM : 2 orang

4. Kehadiran :
i. Murid : 13 orang
ii. Guru : 8 orang
iii. PPM : 1 orang
iv. Ibu Bapa : 1 orang

Laporan Aktiviti -
Aktiviti yang dijalankan sepanjang program

Tarikh : 5 Februari 2014
Hari : Rabu
Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengahari
Aktiviti : Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah: Terapi Hidro dan Terapi Boling

Pada 5 Februari 2014 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Batu Gajah telah melaksanakan PdP Luar Bilik Darjah yang pertama bagi sesi 2014 iaitu Terapi Hidro dan Terapi Boling. Seawal jam 7.20 pagi murid-murid, guru-guru, PPM dan ibu bapa berkumpul di kantin sekolah dan bertolak ke bandar Melaka sepuluh minit kemudian. Kami selamat tiba di destinasi pertama iaitu di Kolam Renang MBMB Melaka pada pukul 8.30 pagi.

Setibanya di sana murid-murid menukar pakaian dan bersiap sedia untuk melakukan acara renang. Sebelum terapi renang bermula, murid-murid melakukan regangan dan pemanasan badan dengan bimbingan guru. Selepas itu semua murid dibawa masuk ke dalam kolam renang dan dibimbing oleh guru masing-masing. Pelbagai teknik asas renang telah diajarkan kepada murid-murid. Sebahagian besar murid telah berjaya mengatasi rasa takut semasa melakukan latihan renang. Terdapat juga sebilangan kecil murid yang masih ragu-ragu dan takut semasa berada di dalam air. Namun setelah dipujuk dan sentiasa dalam pengawasan guru barulah murid tersebut kelihatan tenang dan selesa berada di dalam air. Kelihatan murid-murid sangat gembira. Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk mempelajari teknik asas renang dan ada yang telah menguasai teknik asas renang. Terapi renang berakhir pada pukul 9.30 pagi.

Sebelum meneruskan agenda yang kedua iaitu terapi boling kami rehat dan mengambil sarapan berupa bihun goreng dan nasi lemak. Pada pukul 10.00 pagi kami bergerak ke Makhota Parade bagi melakukan aktiviti terapi boling. Murid-murid, guru-guru. PPM dan ibu bapa telah dibahagikan kepada lima kumpulan. Murid diterapkan dengan teknik permainan yang betul. Acara permainan boling berjalan dengan lancar. Terapi boling berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Kami bertolak pulang pada pukul 12.15 tengah hari dan selamat tiba ke sekolah setengah jam kemudian.

Kesimpulan
Kesemua aktiviti telah berjalan dengan lancar. Kesemua warga PPKI khususnya murid-murid telah mendapat banyak pengetahuan sepanjang aktiviti dijalankan. Murid-murid dapat didedahkan dengan pelbagai kemahiran khususnya teknik dalam renang dan permainan boling. Diharapkan murid-murid dapat mengaplikasi kemahiran yang dipelajari untuk hari-hari mendatang.

Yang disediakan oleh :
Pn. Wan Nur Fariza binti Wan Mustaffa

Wednesday 12 February 2014

Youtube - Autistic Girl Expresses Unimaginable Intelligence

Tuesday 11 February 2014

KAKITANGAN PPKI SKBG TAHUN 2014


BARISAN HADAPAN
PN. SARASWATHY A/P SHELVADORA
PN. HAJAH ZAITON BINTI MOHAMMAD
CIK HAJAH KHADIJAH BINTI JUSIN
CIK NUR ATIQAH BINTI ZAKARIAH 

BARISAN BELAKANG
PN. SITI HAJAR BINTI ISMAIL
PN. WAN NUR FARIZA BINTI WAN MUSTAFFA
EN. MOHD FARID BIN AB. RASHID
PN.  YUZANA BINTI MD. YUNUS


BARISAN HADAPAN
PN. SARASWATHY A/P SHELVADORA
PN. HAJAH ZAITON BINTI MOHAMMAD
CIK HAJAH KHADIJAH BINTI JUSIN
CIK NUR ATIQAH BINTI ZAKARIAH 

BARISAN BELAKANG
PN.  YUZANA BINTI MD. YUNUS 
PN. SITI HAJAR BINTI ISMAIL
PN. ANA BINTI MANAP
PN. ASIAH BINTI YAHYA
PN. WAN NUR FARIZA BINTI WAN MUSTAFFA
EN. MOHD FARID BIN AB. RASHID

OBJEKTIF DAN MOTO PPKI SKBG

OBJEKTIF PPKI SKBG 

  1. Menyediakan kemudahan tempat belajar yang konduksif. 
  2. Berusaha untuk melahirkan murid – murid yang boleh menguasai 3M. 
  3. Mewujudkan suasana kelas yang harmoni dan sentiasa ceria. 
  4. Membentuk satu pakatan tenaga kerja yang saling memahami, dedikasi, berkerjasama, berwawasan dan bertimbang rasa 


MOTO PPKI SKBG 

Ke Arah Kecemerlangan Insan Istimewa Yang Berilmu dan Berbudaya

SEJARAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BATU GAJAH MELAKA


  • Program Pendidkan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah telah dibuka pada tahun 2004 oleh Cik Hjh Khadijah binti Hj Jusin. Ini adalah disebabkan program yang sedia yang ada agak jauh dari kediaman murid. 
  • Pada tahun pertama operasi,bilangan muridnya ialah 7 orang. Dengan menumpang bilik bahan bantu mengajar, keadaan menjadi begitu sesak. 
  • Menyedari kesesakan ini, Jabatan Pelajaran Melaka telah membina bilik yang agak lengkap dengan kemudahan bilik darjah, dapur dan tandas. 
  • Bilangan murid semakin bertambah dari tahun ke setahun menjadi 19 orang pada tahun 2011. Pada tahun 2011, PPKI menerima seorang GPK Pen.Khas iaitu Pn Hjh Zaiton binti Mohammad disamping 7 orang guru dan 2 orang PPM. 
  • Murid-murid PPKI SK Batu Gajah sering aktif menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan Unit Pendidikan Khas. Akhir kata diharapkan PPKI SKBG cemerlang dari pelbagai aspek yang mana membantu murid-murid berkeperluaan khas ini

Visi dan Misi PPKI SK Batu Gajah

VISI PPKI SKBG 

Menjadi contoh Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) yang ceria dalam kurikulum dan kokurikulum. 

MISI PPKI SKBG 

Memberi pendidikan dan pengetahuan terbaik berdasarkan Falsafah Pendidikan Khas kepada murid secara jujur