Thursday 13 February 2014

Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah : Terapi Hidro dan Terapi Boling










Nama Program : Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah: Terapi Hidro dan Terapi Boling
Tarikh : 5 Februari 2014
Hari : Rabu Tempat : Kolam Renang MBMB dan Mahkota Parade, Melaka
Anjuran : Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah

1. Matlamat :
i. Memberikan suasana pembelajaran yang lebih berkesan kepada murid-murid Pendidikan Khas.
ii. Memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada murid-murid tentang aktiviti terapi hidro dan terapi boling
iii. Membantu murid meningkatkan kemahiran lokomotor.

2. Objektif :
i. Memberi pendedahan kepada murid-murid Pendidikan Khas terhadap dunia luar.
ii. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid
iii. Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru-guru, PPM dan murid-murid Pendidikan Khas

3. Sasaran :
i. Murid : 15 orang
ii. Guru : 8 orang
iii. PPM : 2 orang

4. Kehadiran :
i. Murid : 13 orang
ii. Guru : 8 orang
iii. PPM : 1 orang
iv. Ibu Bapa : 1 orang

Laporan Aktiviti -
Aktiviti yang dijalankan sepanjang program

Tarikh : 5 Februari 2014
Hari : Rabu
Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengahari
Aktiviti : Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah: Terapi Hidro dan Terapi Boling

Pada 5 Februari 2014 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Batu Gajah telah melaksanakan PdP Luar Bilik Darjah yang pertama bagi sesi 2014 iaitu Terapi Hidro dan Terapi Boling. Seawal jam 7.20 pagi murid-murid, guru-guru, PPM dan ibu bapa berkumpul di kantin sekolah dan bertolak ke bandar Melaka sepuluh minit kemudian. Kami selamat tiba di destinasi pertama iaitu di Kolam Renang MBMB Melaka pada pukul 8.30 pagi.

Setibanya di sana murid-murid menukar pakaian dan bersiap sedia untuk melakukan acara renang. Sebelum terapi renang bermula, murid-murid melakukan regangan dan pemanasan badan dengan bimbingan guru. Selepas itu semua murid dibawa masuk ke dalam kolam renang dan dibimbing oleh guru masing-masing. Pelbagai teknik asas renang telah diajarkan kepada murid-murid. Sebahagian besar murid telah berjaya mengatasi rasa takut semasa melakukan latihan renang. Terdapat juga sebilangan kecil murid yang masih ragu-ragu dan takut semasa berada di dalam air. Namun setelah dipujuk dan sentiasa dalam pengawasan guru barulah murid tersebut kelihatan tenang dan selesa berada di dalam air. Kelihatan murid-murid sangat gembira. Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk mempelajari teknik asas renang dan ada yang telah menguasai teknik asas renang. Terapi renang berakhir pada pukul 9.30 pagi.

Sebelum meneruskan agenda yang kedua iaitu terapi boling kami rehat dan mengambil sarapan berupa bihun goreng dan nasi lemak. Pada pukul 10.00 pagi kami bergerak ke Makhota Parade bagi melakukan aktiviti terapi boling. Murid-murid, guru-guru. PPM dan ibu bapa telah dibahagikan kepada lima kumpulan. Murid diterapkan dengan teknik permainan yang betul. Acara permainan boling berjalan dengan lancar. Terapi boling berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Kami bertolak pulang pada pukul 12.15 tengah hari dan selamat tiba ke sekolah setengah jam kemudian.

Kesimpulan
Kesemua aktiviti telah berjalan dengan lancar. Kesemua warga PPKI khususnya murid-murid telah mendapat banyak pengetahuan sepanjang aktiviti dijalankan. Murid-murid dapat didedahkan dengan pelbagai kemahiran khususnya teknik dalam renang dan permainan boling. Diharapkan murid-murid dapat mengaplikasi kemahiran yang dipelajari untuk hari-hari mendatang.

Yang disediakan oleh :
Pn. Wan Nur Fariza binti Wan Mustaffa

0 comments:

Post a Comment