Wednesday 4 March 2015

Laporan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Luar Bilik Darjah : Terapi Boling

Nama Program : Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Luar Bilik Darjah : Terapi Boling Tarikh  : 4 Mac 2015 (Rabu)                                                                           
Tempat : Ampang Superbowl, Mahkota Parade Melaka                    
Anjuran : Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah


1. Objektif :
  1. Memberi memberi pengalaman dan keseronokan kepada murid-murid pendidikan khas. 
  1. Memupuk sikap kerjasama dan toleransi di kalangan murid-murid pendidikan khas.
  
  2.Sasaran:                                                                                                                              
Semua murid PPKI SK Batu Gajah                                                                                            

3. Tentatif Program

     08.00 pagi              : Sarapan pagi
    
     08.30 pagi             : Bertolak ke Mahkota Parade
    
     10.00 pagi              : Terapi boling di Ampang Superbowl, Mahkota Parade
    
     12.45 tengahari     : Bertolak balik ke sekolah
    
     01.15 petang         : Tiba di SK Batu Gajah


Laporan Aktiviti                                                                                                                                       
Pada 4 Mac 2015 yang lalu Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah telah melaksanakan PdP Luar  Bilik Darjah yang kedua bagi sesi 2015 iaitu Terapi Boling. Terapi boling bertempat di Ampang Superbowl, Mahkota Parade, Melaka. Murid-murid, guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) berkumpul di kantin sekolah pada jam 7.45 pagi bagi mengambil sarapan pagi. Kami selamat tiba di Ampang Superbowl, Mahkota Parade pada jam 9.30 pagi.
Sebelum terapi boling bermula, murid-murid diberi sedikit taklimat. Pembahagian kumpulan turut dilakukan bagi melicinkan aktiviti. Murid-murid, guru-guru dan PPM telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Terapi boling bermula pada jam 10.00 pagi. Murid-murid telah diterapkan dengan teknik permainan boling. Guru-guru dan PPM telah membantu murid-murid yang lemah. Aktiviti permainan boling berjalan dengan lancar. Terapi boling berakhir pada 12.30 tengah hari. Kami bertolak balik ke sekolah [ada 12.45 tengah hari dan selamat tiba di sekolah setengah jam kemudian.


Kesimpulan

Aktiviti telah berjalan dengan lancar. Kesemua warga PPKI SK Batu Gajah khususnya murid-murid telah mendapat banyak pengetahuan sepanjang aktiviti dijalankan. Murid-murid dapat didedahkan dengan pelbagai kemahiran khususnya teknik permainan boling yang betul. Diharapkan murid-murid dapat mengaplikasi kemahiran yang pelajari untuk hari-hari mendatang. 

Disediakan oleh:
(WAN NUR FARIZA BT WAN MUSTAFFA)

0 comments:

Post a Comment