Wednesday 17 June 2015

Laporan Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah: Terapi Hidro dan Terapi Seni Visual

Nama Program : Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah: Terapi Hidro dan Terapi Seni Visual
Tarikh : 17 Jun 2015
Hari  : Rabu
Tempat : Len D’ Village Homestay Kg. Batu Gajah, 77300 Merlimau, Melaka.
Anjuran  : Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah

1. Matlamat :
i.                     Memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid Pendidikan Khas tentang aktiviti terapi hidro dan seni visual.
ii.                   Menambahkan pengetahuan asas serta memahami perkembangan jasmani emosi dan kemahiran lokomotor murid-murid Pendidikan Khas
iii.                  Membantu minda dan tumpuan murid-murid Pendidikan Khas pada hasil kerja seni
2. Objektif :
i.                     Memberi pendedahan kepada murid-murid Pendidikan Khas terhadap dunia luar.
ii.                   Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid
iii.                  Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru-guru, PPM dan murid-murid Pendidikan Khas

3. Sasaran :
i. Murid                : 15 orang
ii. Guru                 : 8 orang
iii. PPM                 : 2 orang

4. Kehadiran :
i. Murid                : 13 orang
ii. Guru                 : 8 orang
iii. PPM                 : 1 orang



Laporan Aktiviti -
Aktiviti yang dijalankan sepanjang program

Nama Program : Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah: Terapi Hidro dan Terapi Seni Visual
Tarikh  : 17 Jun 2015
Hari   : Rabu
Masa : 7.45 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat  : Len D’ Village Homestay Kg. Batu Gajah, 77300 Merlimau, Melaka.

Pada 7 Jun 2015 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Batu Gajah telah melaksanakan P&P Luar Bilik Darjah yang kedua bagi sesi 2015 iaitu Terapi Hidro dan Terapi Seni Visual. Tepat jam 7.35 pagi, semua murid-murid, guru-guru, dan PPM berkumpul di kantin sekolah untuk bertolak Len D’ Village Homestay Kg. Batu Gajah. Kami selamat tiba di destinasi jam 7.45 pagi.

                Setibanya di sana murid-murid menukar pakaian dan bersiap sedia untuk melakukan acara renang. Sebelum terapi renang bermula, murid-murid melakukan regangan dan pemanasan badan dengan bimbingan guru. Selepas itu semua murid dibawa masuk ke dalam kolam renang dan dibimbing oleh guru masing-masing. Pelbagai teknik asas renang telah diajarkan kepada murid-murid. Sebahagian besar murid telah berjaya mengatasi rasa takut semasa melakukan latihan renang. Terdapat juga sebilangan kecil murid yang masih ragu-ragu dan takut semasa berada di dalam air. Namun setelah dipujuk dan sentiasa dalam pengawasan guru barulah murid tersebut kelihatan tenang dan selesa berada di dalam air. Kelihatan murid-murid sangat gembira. Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk mempelajari teknik asas renang dan ada yang telah menguasai teknik asas renang. Terapi renang berakhir pada jam 10.30 pagi.

Sebelum meneruskan agenda yang kedua iaitu terapi Seni Visual, kami berhenti rehat dan untuk menikmati sarapan. Pada jam 11.00 pagi, kami menjalankan aktiviti seni visual gosokan. Murid-murid, guru-guru serta PPM mengambil tempat masing-masing. Pn. Yuzana memberikan penerangan ringkas teknik yang betul dalam menghasilkan corak dengan menggunakan teknik gosokan. Aktiviti tersebut berjalan dengan lancar. Terapi Seni Visual berakhir pada jam 12.15 tengah hari. Kami bertolak pulang pada pukul 12.30 tengah hari dan selamat tiba ke sekolah.

Kesimpulan


Kesemua aktiviti telah berjalan dengan lancar. Kesemua warga PPKI khususnya murid-murid telah mendapat banyak pengetahuan sepanjang aktiviti dijalankan. Murid-murid dapat didedahkan dengan pelbagai kemahiran khususnya teknik dalam renang dan seni visual. Diharapkan murid-murid dapat mengaplikasi kemahiran yang dipelajari untuk hari-hari mendatang.

Disediakan oleh:
(Cik Nur Atiqah binti Zakariah)

0 comments:

Post a Comment