Friday, 7 August 2015
Laporan Jamuan Hari Raya PPKI SK Batu Gajah 2015
Nama Program: Jamuan Hari Raya PPKI SK Batu Gajah 2015
Tarikh: 7 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa : 10.10 hingga 12.10 tengah hari
Tempat: PPKI SK Batu Gajah
1. Pengenalan
Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini diharap dapat merapatkan
silaturrahim diantara semua warga sekolah sama ada guru, staff sokongan,
pekerja swasta, serta murid-murid sekolah.
2. Rasional:
Sambutan ini merupakan aktiviti tahunan di PPKI SK Batu Gajah
selain daripada aktiviti-aktiviti lain. Ianya sedikit sebanyak dapat
merealisasikan hasrat kerajaan membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni
yang tinggi dan saling hormat menghormati di antara satu sama tanpa mengira
kaum dan agama.
3. Objektif:
Selepas program ini seluruh warga sekolah dapat:
1. Membentuk sahsiah diri yang tinggi dan mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian.
2. Menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan
yang berbeza dan boleh diraikan oleh semua kaum.
3. Mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan
menghormati antara satu sama lain.
4. Sasaran:
Semua murid, guru-guru dan ppm PPKI SK Batu Gajah
Nama Program: Jamuan Hari Raya PPKI SK Batu Gajah 2015
Tarikh: 7 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa : 10.10 hingga 12.10 tengah hari
Tempat: PPKI SK Batu Gajah
Pada 12 November 2015 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi
(Pembelajaran) SK Batu Gajah telah melaksanakan satu majlis sambutan hari raya
pendidikan khas. Majlis ini bermula pada
jam 10.10 pagi di mana guru-guru dan PPM bertungkus lumus menyediakan juadah
makanan untuk santapan murid-murid dan tetamu. Tepat pada jam 10.30 pagi,
majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan doa makan oleh En. Mohd Farid
sebagai memberkati majlis seterusnya menjemput murid-murid untuk jamuan makan.
Tidak lupa juga, guru-guru dan juga pihak pentadbir dijamu dengan juadah hari
raya diantaranya rendang, ketupat, sambal tumis dan pelbagai makanan yang enak.
Acara yang mencuit
hati kami adalah sesi bergambar bersama murid-murid dan juga guru-guru. Kami
berpeluang untuk bergambar bersama pihak pentadbir seterusnya memeriahkan lagi
jamuan hari raya ini. Majlis kemudiannya menutup tirainya pada pukul 12.10
tengahari.
Kesimpulan :
Kesemua aktiviti telah dirancang berjalan dengan lancar. Kesemua
warga PPKI khususnya murid-murid telah mendapat seronok sepanjang aktiviti
dijalankan. Pasti ianya memberi satu pengalaman manis kepada murid-murid serta
warga PPKI SK Batu Gajah. Harapan kami agar aktiviti seperti ini dapat
diteruskan pada masa hadapan.
Disediakan
oleh :
(Nur Atiqah binti Zakariah)
Wednesday, 17 June 2015
Laporan Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah: Terapi Hidro dan Terapi Seni Visual
Nama Program :
Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah: Terapi Hidro dan Terapi
Seni Visual
Tarikh :
17 Jun 2015
Hari :
Rabu
Tempat :
Len D’ Village Homestay Kg. Batu Gajah, 77300 Merlimau, Melaka.
Anjuran :
Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah
1. Matlamat :
i.
Memberi pendedahan dan pengalaman kepada
murid-murid Pendidikan Khas tentang aktiviti terapi hidro dan seni visual.
ii.
Menambahkan pengetahuan asas serta memahami
perkembangan jasmani emosi dan kemahiran lokomotor murid-murid Pendidikan Khas
iii.
Membantu minda dan tumpuan murid-murid
Pendidikan Khas pada hasil kerja seni
2. Objektif :
i.
Memberi pendedahan kepada murid-murid Pendidikan
Khas terhadap dunia luar.
ii.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan kepada murid
iii.
Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara
guru-guru, PPM dan murid-murid Pendidikan Khas
3. Sasaran :
i. Murid :
15 orang
ii. Guru :
8 orang
iii. PPM :
2 orang
4. Kehadiran :
i. Murid :
13 orang
ii. Guru :
8 orang
iii. PPM :
1 orang
Laporan Aktiviti -
Aktiviti yang dijalankan sepanjang program
Nama Program : Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik
Darjah: Terapi Hidro dan Terapi Seni Visual
Tarikh : 17 Jun 2015
Hari : Rabu
Masa : 7.45 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Len D’ Village Homestay Kg. Batu Gajah, 77300
Merlimau, Melaka.
Pada 7 Jun
2015 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah
Kebangsaan Batu Gajah telah melaksanakan P&P Luar Bilik Darjah yang kedua
bagi sesi 2015 iaitu Terapi Hidro dan Terapi Seni Visual. Tepat jam 7.35 pagi,
semua murid-murid, guru-guru, dan PPM berkumpul di kantin sekolah untuk
bertolak Len D’ Village Homestay Kg. Batu Gajah. Kami selamat tiba di destinasi
jam 7.45 pagi.
Setibanya di sana murid-murid menukar pakaian dan
bersiap sedia untuk melakukan acara renang. Sebelum terapi renang bermula,
murid-murid melakukan regangan dan pemanasan badan dengan bimbingan guru.
Selepas itu semua murid dibawa masuk ke dalam kolam renang dan dibimbing oleh
guru masing-masing. Pelbagai teknik asas renang telah diajarkan kepada
murid-murid. Sebahagian besar murid telah berjaya mengatasi rasa takut semasa
melakukan latihan renang. Terdapat juga sebilangan kecil murid yang masih
ragu-ragu dan takut semasa berada di dalam air. Namun setelah dipujuk dan
sentiasa dalam pengawasan guru barulah murid tersebut kelihatan tenang dan
selesa berada di dalam air. Kelihatan murid-murid sangat gembira. Mereka juga
tidak melepaskan peluang untuk mempelajari teknik asas renang dan ada yang
telah menguasai teknik asas renang. Terapi renang berakhir pada jam 10.30 pagi.
Sebelum
meneruskan agenda yang kedua iaitu terapi Seni Visual, kami berhenti rehat dan
untuk menikmati sarapan. Pada jam 11.00 pagi, kami menjalankan aktiviti seni
visual gosokan. Murid-murid, guru-guru serta PPM mengambil tempat masing-masing.
Pn. Yuzana memberikan penerangan ringkas teknik yang betul dalam menghasilkan
corak dengan menggunakan teknik gosokan. Aktiviti tersebut berjalan dengan
lancar. Terapi Seni Visual berakhir pada jam 12.15 tengah hari. Kami bertolak
pulang pada pukul 12.30 tengah hari dan selamat tiba ke sekolah.
Kesimpulan
Kesemua
aktiviti telah berjalan dengan lancar. Kesemua warga PPKI khususnya murid-murid
telah mendapat banyak pengetahuan sepanjang aktiviti dijalankan. Murid-murid
dapat didedahkan dengan pelbagai kemahiran khususnya teknik dalam renang dan seni
visual. Diharapkan murid-murid dapat mengaplikasi kemahiran yang dipelajari
untuk hari-hari mendatang.
Disediakan oleh:
(Cik Nur Atiqah binti
Zakariah)
Tuesday, 31 March 2015
LAPORAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI MELAKA
TAJUK :
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT NEGERI MELAKA
TARIKH : 31 MAC 2015
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 1.30 PETANG
TEMPAT : MASJID Al-AZIM, MELAKA
GURU TERLIBAT :
1.
PN. SITI HAJAR
BINTI ISMAIL
SENARAI NAMA PESERTA MTQ
PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI MELAKA 2015
BIL
|
NAMA
|
KATEGORI
|
KEDUDUKAN
|
1
|
MUHAMMAD KHIR BIN SHAFEE
|
HAFAZAN
|
TEMPAT KETIGA
|
2
|
IZUAN BIN MEJIN
|
AZAN SUBUH
|
PENYERTAAN
|
RUMUSAN :
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PESERTA YANG MEWAKILI
ZON MERLLIMAU KE PERTANDINGAN MTQ PENDIDIKAN KHAS NEGERI MELAKA.
Wednesday, 4 March 2015
Laporan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Luar Bilik Darjah : Terapi Boling
Nama Program : Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) Luar Bilik Darjah : Terapi Boling Tarikh :
4 Mac 2015 (Rabu)
Tempat : Ampang Superbowl,
Mahkota Parade Melaka
Anjuran : Program
Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah
1.
Objektif :
- Memberi memberi pengalaman dan keseronokan kepada murid-murid pendidikan khas.
- Memupuk
sikap kerjasama dan toleransi di kalangan murid-murid pendidikan khas.
2.Sasaran:
Semua murid PPKI SK Batu Gajah
3. Tentatif Program
08.00 pagi : Sarapan pagi
08.30 pagi :
Bertolak ke Mahkota Parade
10.00 pagi :
Terapi boling di Ampang
Superbowl, Mahkota Parade
12.45 tengahari : Bertolak
balik ke sekolah
01.15 petang : Tiba di SK Batu Gajah
Laporan Aktiviti
Pada 4 Mac 2015 yang lalu Program Pendidikan
Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah telah melaksanakan PdP Luar Bilik Darjah yang kedua bagi sesi 2015 iaitu
Terapi Boling. Terapi boling bertempat di
Ampang Superbowl, Mahkota Parade, Melaka. Murid-murid, guru-guru dan
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) berkumpul di kantin sekolah pada jam 7.45 pagi
bagi mengambil sarapan pagi. Kami selamat tiba di Ampang Superbowl, Mahkota
Parade pada jam 9.30 pagi.
Sebelum terapi boling bermula, murid-murid
diberi sedikit taklimat. Pembahagian kumpulan turut dilakukan bagi melicinkan
aktiviti. Murid-murid, guru-guru dan PPM telah dibahagikan kepada empat
kumpulan. Terapi boling bermula pada jam 10.00 pagi. Murid-murid telah
diterapkan dengan teknik permainan boling. Guru-guru dan PPM telah membantu
murid-murid yang lemah. Aktiviti permainan boling berjalan dengan lancar.
Terapi boling berakhir pada 12.30 tengah hari. Kami bertolak balik ke sekolah
[ada 12.45 tengah hari dan selamat tiba di sekolah setengah jam kemudian.
Kesimpulan
Aktiviti telah berjalan dengan lancar. Kesemua
warga PPKI SK Batu Gajah khususnya murid-murid telah mendapat banyak
pengetahuan sepanjang aktiviti dijalankan. Murid-murid dapat didedahkan dengan
pelbagai kemahiran khususnya teknik permainan boling yang betul. Diharapkan
murid-murid dapat mengaplikasi kemahiran yang pelajari untuk hari-hari
mendatang.
Disediakan oleh:
(WAN NUR FARIZA BT WAN MUSTAFFA)
Disediakan oleh:
(WAN NUR FARIZA BT WAN MUSTAFFA)
Thursday, 14 August 2014
Taklimat Pendidikan Khas Bersama Ibu Bapa dan Penjaga
Nama Program : Taklimat Pendidikan Khas Bersama Ibu Bapa dan Penjaga
Tarikh : 10 Januari 2013 (Jumaat)
Tempat : Makmal Komputer SK Batu Gajah
Anjuran : Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah
1. Matlamat :
i. Membantu mengembangkan potensi murid dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek
ii. Melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
iii. Mengeratkan silaturrahim antara penjaga murid dengan pihak sekolah
2. Objektif :
i. Mewujudkan komunikasi dua hala antara penjaga murid dengan pihak sekolah.
ii. Menggalakkan pengkongsian maklumat di kalangan pihak sekolah dengan penjaga
3. Sasaran :
i. Ibubapa/Penjaga : 15 orang
ii. Guru : 8 orang
iii. PPM: 2 orang
4. Kehadiran :
i. Ibubapa/Penjaga :14 orang. Seorang murid ibu bapanya tidak hadir.
ii. Guru : 8 orang
iii. PPM : 2 orang
Laporan Aktiviti
- Aktiviti yang dijalankan sepanjang program
Tarikh : 10 Januari 2014
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Aktiviti : Taklimat Pendidikan Khas Bersama Ibu Bapa dan Penjaga
Pada 10 Januari 2014 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Batu Gajah telah mengadakan taklimat pendidikan khas bersama ibu bapa dan penjaga. Ianya merupakan satu medium untuk menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan penjaga murid selain merupakan sesi perbincangan khusus antara ibu bapa dan pihak sekolah. Taklimat ini telah dirasmikan oleh Encik Aziz Bin Md Lani selaku Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka.
Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan sesi taklimat oleh Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Hajjah Zaiton Binti Mohammad.Pelbagai perkara telah disampaikan kepada ibu bapa yang merangkumi bidang akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum. Beliau turut memaklumkan mengenai perancangan aktiviti sepanjang tahun 2014. Sesi berikutnya ialah sesi pertemuan ibu bapa bersama guru-guru pendidikan khas. Ibu bapa dapat mengetahui tahap perkembangan anak-anak selain sama-sama berbincang bagi mendapatkan usaha yang terbaik buat kejayaan anak-anak ini. Ibu bapa dan penjaga turut menandatangani Rancangan Pengajaran Individu (RPI) yang merupakan kayu pengukur bagi setiap kemahiran yang telah diajar kepada murid-murid pendidikan khas. Sesi taklimat tersebut tamat pada pukul 9.45 pagi. Ibu bapa dan penjaga telah dihidangkan dengan jamuan ringan sementara menunggu acara diteruskan.
Sesi bersama Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Melaka Encik Aziz Bin Md Lani bermula pada pukul 10.00 pagi. Acara dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan persembahan tayangan slaid aktiviti Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah sepanjang tahun 2013. Acara diteruskan dengan ucapan oleh Encik Sazali Bin Adan, Pengerusi Badan Kebajikan Ibubapa dan Penjaga Murid diikuti dengan ucapan Encik Omar Bin Ismail, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Batu Gajah. Seterusnya ucapan perasmian oleh Encik Aziz Bin Md Lani Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Melaka. Beliau menegaskan bahawa ibu bapa terlibat secara langsung dalam pendidikan anak anak. Justeru ibu bapa perlu mendapat pendedahan terhadap kesemua perkara yang melibatkan anak-anak. Kerjasama dan sokongan penuh ibu bapa juga amat diperlukan bagi memastikan kelancaran aktiviti yang telah direncanakan oleh pihak sekolah. Beliau turut memaklumkan mengenai program kemahiran untuk murid pendidikan khas yang ke sekolah menengah.
Pihak sekolah telah berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada Encik Aziz Bin Md Lani atas kesudian beliau meluangkan masa sekali gus merasmikan taklimat tersebut. Sebelum penyampaian cenderahati, acara cabutan bertuah telah diadakan. Acara tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Diharapkan taklimat bersama ibu bapa ini dapat memberikan input yang bermanfaat dan perkongsian yang bermakna dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Kesimpulan
Program seumpama ini dilihat sebagai satu agenda penting dalam memastikan anak-anak istimewa terus mendapat pendidikan sempurna selaras dengan tuntutan agama. Justeru semua pihak harus berganding bahu bagi mencapai visi dan misi yang dicitakan.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(WAN NUR FARIZA BT WAN MUSTAFFA) (PN.HJH.ZAITON BT MOHAMMAD)
AJK Dokumentasi Guru Penolong Kanan Pendidikan