Wednesday, 17 June 2015
Laporan Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah: Terapi Hidro dan Terapi Seni Visual
Nama Program :
Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik Darjah: Terapi Hidro dan Terapi
Seni Visual
Tarikh :
17 Jun 2015
Hari :
Rabu
Tempat :
Len D’ Village Homestay Kg. Batu Gajah, 77300 Merlimau, Melaka.
Anjuran :
Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah
1. Matlamat :
i.
Memberi pendedahan dan pengalaman kepada
murid-murid Pendidikan Khas tentang aktiviti terapi hidro dan seni visual.
ii.
Menambahkan pengetahuan asas serta memahami
perkembangan jasmani emosi dan kemahiran lokomotor murid-murid Pendidikan Khas
iii.
Membantu minda dan tumpuan murid-murid
Pendidikan Khas pada hasil kerja seni
2. Objektif :
i.
Memberi pendedahan kepada murid-murid Pendidikan
Khas terhadap dunia luar.
ii.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan kepada murid
iii.
Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara
guru-guru, PPM dan murid-murid Pendidikan Khas
3. Sasaran :
i. Murid :
15 orang
ii. Guru :
8 orang
iii. PPM :
2 orang
4. Kehadiran :
i. Murid :
13 orang
ii. Guru :
8 orang
iii. PPM :
1 orang
Laporan Aktiviti -
Aktiviti yang dijalankan sepanjang program
Nama Program : Pembelajaran dan Pengajaran Luar Bilik
Darjah: Terapi Hidro dan Terapi Seni Visual
Tarikh : 17 Jun 2015
Hari : Rabu
Masa : 7.45 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Len D’ Village Homestay Kg. Batu Gajah, 77300
Merlimau, Melaka.
Pada 7 Jun
2015 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) Sekolah
Kebangsaan Batu Gajah telah melaksanakan P&P Luar Bilik Darjah yang kedua
bagi sesi 2015 iaitu Terapi Hidro dan Terapi Seni Visual. Tepat jam 7.35 pagi,
semua murid-murid, guru-guru, dan PPM berkumpul di kantin sekolah untuk
bertolak Len D’ Village Homestay Kg. Batu Gajah. Kami selamat tiba di destinasi
jam 7.45 pagi.
Setibanya di sana murid-murid menukar pakaian dan
bersiap sedia untuk melakukan acara renang. Sebelum terapi renang bermula,
murid-murid melakukan regangan dan pemanasan badan dengan bimbingan guru.
Selepas itu semua murid dibawa masuk ke dalam kolam renang dan dibimbing oleh
guru masing-masing. Pelbagai teknik asas renang telah diajarkan kepada
murid-murid. Sebahagian besar murid telah berjaya mengatasi rasa takut semasa
melakukan latihan renang. Terdapat juga sebilangan kecil murid yang masih
ragu-ragu dan takut semasa berada di dalam air. Namun setelah dipujuk dan
sentiasa dalam pengawasan guru barulah murid tersebut kelihatan tenang dan
selesa berada di dalam air. Kelihatan murid-murid sangat gembira. Mereka juga
tidak melepaskan peluang untuk mempelajari teknik asas renang dan ada yang
telah menguasai teknik asas renang. Terapi renang berakhir pada jam 10.30 pagi.
Sebelum
meneruskan agenda yang kedua iaitu terapi Seni Visual, kami berhenti rehat dan
untuk menikmati sarapan. Pada jam 11.00 pagi, kami menjalankan aktiviti seni
visual gosokan. Murid-murid, guru-guru serta PPM mengambil tempat masing-masing.
Pn. Yuzana memberikan penerangan ringkas teknik yang betul dalam menghasilkan
corak dengan menggunakan teknik gosokan. Aktiviti tersebut berjalan dengan
lancar. Terapi Seni Visual berakhir pada jam 12.15 tengah hari. Kami bertolak
pulang pada pukul 12.30 tengah hari dan selamat tiba ke sekolah.
Kesimpulan
Kesemua
aktiviti telah berjalan dengan lancar. Kesemua warga PPKI khususnya murid-murid
telah mendapat banyak pengetahuan sepanjang aktiviti dijalankan. Murid-murid
dapat didedahkan dengan pelbagai kemahiran khususnya teknik dalam renang dan seni
visual. Diharapkan murid-murid dapat mengaplikasi kemahiran yang dipelajari
untuk hari-hari mendatang.
Disediakan oleh:
(Cik Nur Atiqah binti
Zakariah)