Friday, 7 August 2015
Laporan Jamuan Hari Raya PPKI SK Batu Gajah 2015
Nama Program: Jamuan Hari Raya PPKI SK Batu Gajah 2015
Tarikh: 7 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa : 10.10 hingga 12.10 tengah hari
Tempat: PPKI SK Batu Gajah
1. Pengenalan
Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini diharap dapat merapatkan
silaturrahim diantara semua warga sekolah sama ada guru, staff sokongan,
pekerja swasta, serta murid-murid sekolah.
2. Rasional:
Sambutan ini merupakan aktiviti tahunan di PPKI SK Batu Gajah
selain daripada aktiviti-aktiviti lain. Ianya sedikit sebanyak dapat
merealisasikan hasrat kerajaan membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni
yang tinggi dan saling hormat menghormati di antara satu sama tanpa mengira
kaum dan agama.
3. Objektif:
Selepas program ini seluruh warga sekolah dapat:
1. Membentuk sahsiah diri yang tinggi dan mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian.
2. Menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan
yang berbeza dan boleh diraikan oleh semua kaum.
3. Mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan
menghormati antara satu sama lain.
4. Sasaran:
Semua murid, guru-guru dan ppm PPKI SK Batu Gajah
Nama Program: Jamuan Hari Raya PPKI SK Batu Gajah 2015
Tarikh: 7 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa : 10.10 hingga 12.10 tengah hari
Tempat: PPKI SK Batu Gajah
Pada 12 November 2015 yang lepas, Program Pendidikan Khas Integrasi
(Pembelajaran) SK Batu Gajah telah melaksanakan satu majlis sambutan hari raya
pendidikan khas. Majlis ini bermula pada
jam 10.10 pagi di mana guru-guru dan PPM bertungkus lumus menyediakan juadah
makanan untuk santapan murid-murid dan tetamu. Tepat pada jam 10.30 pagi,
majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan doa makan oleh En. Mohd Farid
sebagai memberkati majlis seterusnya menjemput murid-murid untuk jamuan makan.
Tidak lupa juga, guru-guru dan juga pihak pentadbir dijamu dengan juadah hari
raya diantaranya rendang, ketupat, sambal tumis dan pelbagai makanan yang enak.
Acara yang mencuit
hati kami adalah sesi bergambar bersama murid-murid dan juga guru-guru. Kami
berpeluang untuk bergambar bersama pihak pentadbir seterusnya memeriahkan lagi
jamuan hari raya ini. Majlis kemudiannya menutup tirainya pada pukul 12.10
tengahari.
Kesimpulan :
Kesemua aktiviti telah dirancang berjalan dengan lancar. Kesemua
warga PPKI khususnya murid-murid telah mendapat seronok sepanjang aktiviti
dijalankan. Pasti ianya memberi satu pengalaman manis kepada murid-murid serta
warga PPKI SK Batu Gajah. Harapan kami agar aktiviti seperti ini dapat
diteruskan pada masa hadapan.
Disediakan
oleh :
(Nur Atiqah binti Zakariah)